Monday, January 24, 2011

Hanya Itu Mahuku.....

Sebening dinihari kelam….

Aku melorot pandang ke dalam pengabdian diri….

Menguis-guis persoalan di dasar hati…..

Apa sebenarnya yang aku cari di dunia ini…..

Kekadang aku terasa seperti dedaunan kering yang gugurnya di aliran sungai masa….

Hanya mengikut kemana derasnya air alpa membawa aku pergi…..

Hanyut tanpa mahu berusaha mengapai tebing tepian kesedaran…….

Dan sentiasa pula aku lupa tanggungjawab ku di dunia nyata…..

Lupa pada janji yang aku sendiri ikrarkan pada insan yang memayungiku dengan kasih abadi….

Lupa pada momen-momen syahdu saat aku melontarkan rasa penghargaan pada setiap pengorbanan mereka….



YA ROBBI……

Sejenak di kesepian kelam yang mencengkam ini….

Aku seperti tersedar dari kembara kehausan yang panjang…..

Jauh sekali aku terlalai…..

Dalam sekali aku terjerumus…..

Bagaimana aku sentiasa melupakan rona-rona kehidupanku….

Hanya kerana indahnya dunia warna yang menyilaukan mata……

Bagaiamana aku memalingkan wajah dari cahaya nur berseri…..

Terasa kosongnya perjalanan yang ku tempuhi ketika ini…..



YA RAHMAN…..YA RAHIM…..

Sesaat aku tersedar dan menghimpun azam bangkit bermunajat….

Sesaat itulah juga aku kembali tenggelam dengan godaan pentas pesta dunia…..

Seketika aku berpaut pada helaian ketulusan dan keluhuran keimanan hati….

Seketika itulah aku kembali menjadi insan yang tak menjumpai pintu hakiki….

Sejenak aku mahu mengabdi kasih dan jiwaku pada yang melahirkan…..

Sejenak itulah aku berpaling dari menatang lautan kemurnian sayang mereka……



Demi ALLAH…..

Dalam kekadang sujudku padaMU…..

Dalam seketika tadahan tanganku……

Dalam sebentar tangisku……

Dalam sedetik ingatanku…….

Aku insanMu yang lemah…..

Aku hambaMU yang hina….

KAU lindungilah aku YA KARIM…..

KAU payungilah aku YA HAQ….



ALLAH….

Dalam sesatku yang berganti-ganti…..

Dalam lupaku yang tak pernah surut…..

Dalam ketidak bertanggunjawabnya aku pada mereka…..

Kau bantulah aku YA MALIK…..

Agar dapat kutunaikan janjiku….

Agar dapat ku selesaikan tanggungjawabku….

Agar dapat aku gengam amanahMU…..



Dalam setulus ingatanku pada janji…..

Aku sentiasa kuat bertekad….

Menjaga mereka yang memberikan aku nyawa….

Melindungi mereka yang membesarkan aku dengan sempurna……

Mentaati mereka yang menyayangiku sehabis daya……

Menyayangi mereka yang membawa aku ke dunia……



Demi janjiku YA AL MU’IZ….

Dalam himpunan doaku yg sesaat waktu….

KAU tetapkanlah hatiku…..

KAU pasaklah jiwa…..

KAU pakulah dinding ragaku…..

Agar aku mampu menjaga mereka seperti mereka menjagaku…..

Agar aku mampu mengasihi mereka seperti kasihnya mereka kepadaku…..

Agar aku mampu melindungi mereka seperti nyawaku…..

Agar aku mampu merangkaikan janjiku pada mereka……



AL- MUJIB….

Hanya itu pintaku setiap saat denyut nafasku….

Hanya itu mahuku dalam setiap deru jantungku….

Agar hatiku dan jiwaku takkan pernah berpaling…..

Dari sisi kasih mereka yang abadi…..

Dari janji kasihku untuk sentiasa bersatu dengan mereka…..

Kerana demi MU YA QUDDUS….

Tak pernah setitis kasihku berkurang walau dalam jutaan alpaku…..

Tak pernah sezarah kasihku berubah walau dalam sesatku yang panjang….

Tak pernah seinci kasihku beranjak walau dalam kalutku yang mendatang….



YA ALLAH…..

Berikanlah restu MU….

Agar bisaku menjaga mereka….

Agar mampuku menyenangkan deru nafas mereka….

Agar lapangku menunaikan setiap keinginan mereka…..

Agar tegaku melindungi mereka sepanjang degup jiwaku…



Hanya itu…..

Hanya itulah mahuku……

Walaupun aku perlu berkorban segalanya….

Walaupun aku perlu redha selamanya….

Walaupun kau perlu melepaskan hidupku…..

Demi mereka…..

Tiada selain mereka…..

Hanya itu yang aku mahu….

Hanya itu mahuku…….



Ma….Appa…..