Wednesday, October 17, 2012

SAHABAT, MAAFKAN ORANG ASING INI


Aku berkata demi kerana sayangkan kau sahabat,
Aku bukan mereka yang hanya mengangguk dan mengiakan apa yang kadangkala tidak muluk diminda,
Walaupun tahu ada yang pincang dimata hanya demi menjaga halus perasaanmu,
Aku bukan mereka yang hanya menbiarkan dan memejam mata asalkan kau bahagia sementara,
Namun kemudian menaggung kesannya didetik masa yang berlari,
Aku mahu jadi yang mengingatkan walau sentiasa disanggah perkara,
Aku mahu menjadi yang sentiasa mejagamu, melindungmu dan mendampingmu,
Walaupun aku tahu kerap kali kau kiaskan kau tidak perlukan itu,
Walaupun aku faham setiap kalinya kau merasakan aku merimaskan jiwamu,
Walaupun aku sedar setiap kalinya kau seboleh mungkin mahu mengengkang aku dari mengambil tahu,
Walaupun pada setiap kalinya kau merasakan aku mencampuri urusanmu,
Dan jika itu membuatkan kau muak,
Maka maafkanlah aku.

Kerana sayang sahabat, maka aku jujur meluahkan kata,
Aku telus meluahkan rasa,
Aku cerah memuntahkan peringatan,
Aku mudah menyatakan pertimbangan,
Kerana aku merasakan kau sebahagian dariku,
Kerana aku tidak mungkin memaafkan diri sendiri andai apa-apa terjadi padamu,
Kerana aku tidak mungkin bisa tenang andai kau pincang,
Dan yang utama sahabat, aku ini telah dalam vakum waktunya melakar ikrar pada diri sendiri untuk selalu melindungimu,
Walau dalam bahagian apa pun,
Walau dalam bingkai bagaimana pun,
Maka untuk khilafku itu juga,
Maafkanlah aku sahabat kerana senang  berikrar pada yang bukan hakku.

Namun iya, caraku membuat kau bertunas benci,
Caraku yang tidak sama seperti mereka,
Caraku membuatkan kau merasakan aku cemburu dengan apa milikmu,
Caraku membikin kau merasakan aku lumat didada saat kau bahagia,
Caraku melakarkan aku seperti cuba merentap segala renda gembiramu,
Caraku menerbitkan rasa persis aku cuba menghancurkan duniamu,
Maka berikanlah kemaafanmu padaku sahabat.

Aku terima sahabat andai itu pilihanmu,
Kerana aku mengerti aku bukan sebahagian darimu lagi,
Kau sudah punya duniamu sendiri dan aku tidak padan berada bersama,
Kerana aku takkan mampu menjadi bisu hanya sebagai penonton pada apa yang aku rasa tidak kena,
Waima dulu kita tidak pernah sama namun kita aman dalam dua beza,
Namun kini segalanya beda pada kita hingga beza itu membunuh rasa melengkapi disanubari,
Untuk itu maafmu kupohon sahabat.

Maafkan sahabat, untuk kesemuanya,
Walaupun kita pernah berkata takkan menyimpannya di relung rongga nyawa,
Walaupun kita pernah menuturkan akan menerima dan memaafkan segalanya agar tak terkesan di ruang kelahiran kasih,
Walaupun kita pernah mengikrarkan setiap seretan geseran takkan pernah menghakis apa yang terbina antara kita,
Rasanya aku yang sengaja lupa bahawa kita tetap tidak sama rentaknya,
Aku yang tidak mahu menerima kenyataan antara kita sudah punah kimianya,
Aku yang menulikan minda dengan memadam fahaman demi mengenggam percaya tiada pemisah antara kita,
Akulah yang salah kerana benar percaya kau bisa memahami dari mataku tentang rasaku padamu tanpa perlu menbiaskan melalui kata,
Akulah yang naïf kerana  benar yakin kau sangat mengerti diriku walaupun songsang tingkahku padamu,
Aku sangka kau mengenaliku,
Maafkanlah aku sahabat kerana tanpa sedar telah melepasi garisan persahabatan yang telah kau ukir tanpa aku maklum tentangnya.

Namun ketahuilah sahabat walaupun kau tidak mahu percaya,
Walaupun kau akan sangsi pada asli benarnya,,
Tidak pernah ada sezarah cemburuku pada bahagiamu,
Tidak pernah ada sekuman gores hatiku pada gelak tawamu,
Tidak pernah ada sehama desir dihati pada riang gembiramu,
Tidak pernah ada seatom nawaitu hitam pada apa milikmu,
Tidak pernah ada sekecil manapun aku mahukan rentak hidupmu,
Tidak pernah sahabat, tidak pernah senafaspun aku mahu menari dengan sepatumu,
Untuk itu juga berikanlah maafmu padaku sahabat.

Baiklah sahabat andai tiada lagi kita adalah mahumu,
Legalah sahabat kerana aku patrikan janji tiada lagi selepas yang ini,
Demi kau sahabat, tiada lagi aku,
Ahhhh, tidak mengapa sahabat andai itu mahumu,
Aku perkenankan bisikan inginmu itu sebagai hadiah kecil terakhir dariku untuk kamu,
Maka aku anugerahkan  kau pengkebumian aku sebagai seorang sahabat,
Terakhir kalinya maafkanlah aku sahabat

Namun jangan pula salah tafsiranmu sahabat,
Kerana ini bukan mahuku tetapi benarnya perlumu,
Aku mati demi memastikan kau tidak lagi aku ganggu,
Aku mati demi membiarkan kau bisa menyusuri jalanmu tanpa aku sebagai kerikilnya,
Aku mati demi kamu kerana cintaku padamu membunuhku,
Aku mati kerana aku takkan mampu melihat namamu tanpa mengambil tahu keadaanmu,
Aku mati kerana di setiap nafasku walau dalam jauhnya jarak hilangku, setiap doaku masih buatmu
Aku mati kerana aku perlu mati,
Sahabat, maafkanlah aku kerana tidak mampu melepaskanmu dulu.

Sahabat,
Untuk pergiku kali ini,
Aku mohon sungguh agar kau simpan walau hanya secebis sisa sayangmu padaku jauh direlung nadimu saat talkinku berakhir,
Kerana yang pasti sahabat, saat aku mati, kau masih aku kasihi seikhlas hati,
Aduhai sahabat, orang asingmu ini memohon diri dari orang asing yang dia sangat sayangi,
Maafkanlah, maafkanlah, maafkanlah, maafkanlah, maafkanlah, maaafkanlah, maafkanlah,
Orang asing ini wahai orang asing yang aku kasihi.



Stranger with memories,
Iyla Rahman
151012 – 10.45 PM

Saturday, March 10, 2012

SONGSANG


Aku insan yang dikatakan selalu melupakan TUHAN….

Tidak tepat frasa itu….

Tak pernah sedetik dalam perlahan deru nafasku….

Aku berhenti bersyukur pada rahmatNYA….

Sentiasa di hati mengungkapkan nama DIA….

Mengagumi kebesaranNYA…

Meladeni limpahan rahmatNYA….


Jangan kerana aku begini….

Maka aku dihukum terpasak ke bumi….

Buruknya aku mungkin masih mampu berubah….

Namun kuasa ILLAHI….

DIA mampu merubah letak berdiri antara kita…

Kalian mungkin menjadi aku pada esok hari….

Dan aku bisa berada di posisi kalian berdiri…

Saat itu…

Apakah kalian sedia menerima tiap helaan benci…

Bersedia merasakan perit hatiku kini….


Aku seperti lantai yang berdaki….

Seperti dindng berlumut yang tidak dicuci….

Tapi aku masih utuh berdiri….

Masih ada binaan teguh dalam diri….

Masih tahu batas menjaga diri…

Masih mengerti makna maruah yang suci…


Jangan kerana aku berbeda….

Kerana aku songsang dikalangan kalian….

Maka aku berdosa….

Maka aku menjadi mangsa….

Bagaimana pun luaran diriku….

Aku masih berpaksi pada YANG MAHA PENCIPTA….

Masih mencintai AZZAWAJALLA…


Aku akui aku tidak sejernih kalian….

Tidak jugak mampu menjadi sebening kalian…

Aku tidak putih suci bersih….

Jauh pula untuk mampu menyaingi keimanan kalian…

Makanya aku merayu….

Terimalah aku seadanya aku…

Fahami aku sebelum menyakitiku….

Khatam tentangku sebelum menyalahiku….


Kerana aku cuma insan biasa….

Yang sering lemas dalam fatamorgana ciptaanNYA…

Yang sering tewas dalam rukuk sujud kurniaanNYA…


Maafkanlah aku kerana tidak mampu menjadi hiasan terbaik dunia…

Terhakis,

Iyla Rahman

( 10032012 – 2.39 AM )

Wednesday, January 11, 2012

** K0s0NG **

Kosong….

Seperti lapangnya gurun sahara….

Nun jauh mata bisa melebarkan pandang….

Namun takkan mampu direntasi dalam semalaman….


Perasaan ini kosong….

Sekosong dimensi mimpi yang saban hari tak terisi….

Sunyi benar….

Seperti malam hening tanpa desiran angin pun….


Perit sungguh apa yang terasa kini….

Menghiris halus tangkai sanubari….

Tidak berdarah namun terasa pedihnya….


Tiap insan pasti pernah….

Dikelilingi keriuhan dan pesta….

Namun masih terasa seperti terasing….

Berdiri dalam dunia sendiri….

Sekadar memandang mereka berpeleseran….

Namun tak mampu turut sama merasai….

Rasanya seperti berdiri dalam ruang bervakum….

Tanpa semilir angin atau oksigen….

Namun mata masih merakam detik gembira….

Kerumunan manusia yang takkan pernah faham….

Pelik bahasa hati…

Masakan dalam keriuhan….

Masih terkurung dalam kesepian….

Masih terhenyak dalam kesunyian yang panjang….


Senyumlah diri….

Kerana itu bisa menutup persoalan mereka….

Ketawalah….

Gelaklah….

Rianglah

Kerana itu bisa menipu mereka….


Demi kebenaran….

Hanya aku yang tahu hatiku…..



Kosong,

Iyla Rahman

11012012 – 7.58 PM