Wednesday, July 13, 2011

INGATAN UNTUK HATI…

ku mencari sesuatu yang tak pasti…

Aku sendiri tak ketahui apa yang aku cari…

Andai bahagia itu adalah ketawa…

Maka aku antara orang yang paling bahagia di dunia…

Namun tawaku punya makna berbeza…

Yang takkan mungkin difahami sesiapa…



Seringkali aku bertanya pada diri sendiri…

Apa lagi kekurangan yang membuatkan hati ini sentiasa sunyi…

Apa yang harus ku isi untuk memenuhkan relung sanubari…

Sentiasanya akan ada saat aku tergamam sendiri…

Kerana merasa perit dihati seperti aku kehilangan sesuatu yang tidak pernah kutemui…

Tapi apa??



Bahagiakah aku andai aku sentiasa tersenyum riang…

Walau perit di jiwa tak pernah ada yang mampu memandang…

Setiap helaan nafas ku pada udara Maha Pencipta...

Aku akan bertanya….apa yang aku cari di dunia ini…

Apakah tanda bahagia…

Pentingkah bahagia…

Hebatkan bahagia…

Deritakah aku andai tidak ku temui bahagia…

Lengkapkah bahagia andai telah ku temui separuh lagi diriku yang entah di mana…

Tidak bahagiakah aku sekarang…

Kurangkah kebahagiaan andai aku bersendirian…

Salahkan andai tidakku temui kebahagiaan…



Lantas pada siapa harus ku tanya…

Atau perlukah aku telan sahaja…

Teruskan hidup seperti segala-galanya telah sempurna…

Berlakon lagi untuk ke sekian kalinya…



Sakitkah diriku andai tiba-tiba mutiara jernih mebasahi pipi…

Tanpa tanda atau sebab yang pasti…

Tertekankah aku andai berbicara sendirian menjadi rutin kehidupan…

Sudah hilangkah kewarasanku andai aku ketawa dan ketawa dan ketawa lagi…

Walaupun hati tak terasa apa…

Walaupun bukan gembira yang kurasa…

Walaupun aku cuma pura-pura demi mereka…

Walaupun aku seperti terpaksa…



Lantas ku coretkan cacatan ini….

Sebagai ingatan untuk diri sendiri…

Agar aku takkan hilang kemudi walau sejauh mane aku tersasar nanti…



Cuma yang aku paling pasti tentang diriku…

Hatiku kosong sekali…

Kosong sekali...

Kosong…