Tuesday, October 11, 2011

Inikah Maknanya CINTA ???


Bila sedang asyik di lamun cinta….

Sedang hangat memadu asmara……

Sedang tengggelam dalam bahagia….

Sedang karam dalam kasih sayang….

Refleksi tindakan dan perbuatan mula berubah….

Lenggong bahasa serta perlakuan mula berbeda….

Antaranya…..


Situasi di kedai makan, restoran, gerai, even kedai mamak…..

Si gadis yang sedang bahagia….

Akan membuat pesanan untuk si cinta hati….

Seperti dapat membaca selera tekak cinta hati waktu itu….

Tak perlukan pertanyaan atau soalan….


Masih di suasana sama….

Si gadis yang sedang ceria….

Mula memesan juadah….

Bukan sepinggan berdua….

Tapi berpinggan-pinggan seperti kenduri lagaknya….


Situasi serupa juga….

Pesanan tiba di meja….

Si gadis ayu jelita….

Cuma menyentuh sesudu atau dua….

Yang lain semua disua ke mulut sang jejaka….

Katanya berkongsi lebih menambah rasa cinta….

Sedangkan hampir semua juadah masuk ke mulut si dia sahaja….


Beralih ke latar masa yang lain pula….

Sikap ambil berat memang perlu….

Itu tanda kasih dan cinta….

Maka si gadis mula menjalankan misinya….

Semua detik hidup si jejaka….

Diselidikinya, ditimbang tara, disukat dan dikira….



Mula si jejaka seperti mempunyai ibu kedua….

“Pakai warna ini untuk baju hari ini….”

“Pakai seluar jenis ini sahaja….”

“Jangan bercakap dengan orang itu….”

“ Tak elok bersikap begitu…”

“ jangan beli barang itu….”

“ Biar saya simpankan gaji kamu…”

“Perlu ubah fesyen rambut tu….”

“ Buang kasut kesayangan kamu itu….”

“Jangan keluar malam ini….”

“Jangan pergi main futsal….”



Mula-mula kerana cinta mengebu di dada….

Maka diturutkan semuanya saja….

Kongkongan diterima dengan rela….

Si gadis mula rasa selesa….

Seperti lelaki itu barang semata-mata….

Bukankah itu bakal teman hidup kita???



Beralih suasana kepada cemburu….

Kalau boleh hari-hari mahu tahu….

Setiap gerak tingkah laku….

Telefon dan SMS memjadi pemudah cara….

Lima minit sekali pasti diterima….



Seperti tidak ada langsung rasa percaya….

Umpama lelaki tak tahu setia….

Belum campur tolak dan bahagi….

Sikap si gadis yang sentiasa mahu disayangi….

Kalau boleh berkepit dua puluh empat jam sehari….

Nak hadir di depan mata sepanjang masa….

Menjadi bayang-bayang yang setia kepada lelaki dimana saja….

Belum lagi diambil kira….



Sekali lagi didarab dengan rajuk manja….

Kerana lelaki tidak menurut kata….

Lambat seminit muncung sehasta….

Mengharapkan lelaki sentiasa sedia….

Mengikut kehendak kemahuan sia-sia….

Seperti mereka tidak ada kerja….

Menjadi pengampu sepanjang masa….



Belum lagi diambil kira….

Telefon teman lelaki sentiasa di sita….

Bukan penting bukanya apa….

Sekadar menyemak panggilan dan mesej semata….

Takut lelaki ada yang lebih istimewa….

Memuaskan kehendak cemburu buta….



Namun bila lelaki mula rimas….

Perempuan akan mula cemas….

Kerana dia mula berubah dan mahu bebas….

Lantas perempuan menuduh balas….

Sang lelaki si buaya yang ganas….

Tak tahu setia dan tak tahu batas….


Salah sendiri langsung tak mahu dibahas….

Kononnya semua dilakukan dengan alas….

Setiap tindakan berlandas cinta…

Ambil berat dan sayang semata….

Betulkah atau menutup keegoan semata….

Sebab tak pernah mahu kalah…



Lantas bila si jejaka mula berubah peri…

Cintanya sudah tiada di hati….

Padanya si gadis hanya bebanan semata….

Lebih menyusahkan daripada bahagia….

Lebih elok ditinggal sahaja….

Kerana ramai lagi yang sedia menerima….

Tak perlu lagi melalui neraka dunia….

Ciptaan si gadis yang menyakitkan jiwa dan raga….



Duhai si gadis…

Inikah buktinya cinta…

Beginikah lambangnya kasih….

Benarkah ini cerita bahagia….

Beginikah yang kau banggakan sayang….

Andai tak pernah ada kepercayaan pada si dia…

Tak pernah ada tolerasi pada hidupnya….

Tak pernah kau berusaha memahaminya….


Beginikah cinta….

Andai kau sentiasa cemburu dan rasa tidak selamat….

Andai kau sentiasa berburuk sangka dan merasa hebat….

Andai dia tidak pernah kau hormati selayaknya….

Andai di tidak pernah kau beri haknya….


Maka….

Aku takkan pernah salahkan lelaki andai dia berpaling….

Mencari rusuk kirinya yang sejati….


Monday, October 3, 2011

*** BILA AKU BERBEZA [ INILAH AKU ] ***





Susah untuk diterangkan perihal diriku pada dunia….

Siapalah aku untuk dikhabarkan pada semesta maya….

Aku bukan istimewa waima jauh sekali dari sempurna….

Lantas untuk apa dikhabarkan pada mereka….

Andai aku cuma seperti seekor hama yang tak mampu wujud di pandangan sesiapa….


Tetapi kekadang aku sakit….

Perit sekali dengan ketidak fahaman dunia….

Salahkan aku andai berbeza dari fantasi imaginasi mereka….

Salahkan aku andai aku tak biasa menjadi perempuan tipikal….

Sememangnya aku sangat-sangat berbeda….


Aku perempuan….

Aku wanita….

Aku gadis….

Aku pemudi…

Akulah hawa itu…

Semua itu aku….


Cuma aku bukan tipikal seperti yang kau duga….

Aku masih feminin….

Walaupun selalunya aku tidak selembut tingkah dia….

Pakaian pula hanya sekadar jeans dan t-shirt semata….

Aku masih lembut....

Walaupun selalunya aku sangat bengkeng di nada suara….

Sudah itu sememangnya tabiat biasa….

Aku masih lemah….

Walaupun selalunya aku berkeras dalam menentukan prinsip….

Namun aku melakukan kerana sebab kukuh sahaja….

Aku masih tak berdaya tapi tidak lemah….

Lantas aku sentiasa berusaha berdikari….

Kerana aku tak biasa mengharapkan sesiapa….


Aku masih wanita seperti dia….

Cuma aku tiada kelembutan yang mengada-ngada….

Untuk apa jadi lembut andai aku sentiasa menjadi mangsa….

Seperti pendapat kau yang selalu mengadakan dia bodoh dan lemah….

Selalu kalah dengan tipu daya kau yang kononnya khalifah….

Tolonglah….

Aku tidak mahu dan tidak akan pernah menjadi dia….


Aku masih perempuan seperti dia….

Cuma aku tidak manja tergedik-gedik….

Mengharapkan perhatian semata….

Untuk apa manja andai biasa membuat kau berfikir yang aku ini hina….

Lalu kau mula mengata keji sambil medabik dada….


Aku masih gadis….

Walaupun sikapku tak seperti dia….

Walaupun aku tak mudah mengharapkan pertolongan kaum kau semata….

Kerana aku mahu berdikari….

Aku mahu buktikan aku mampu berdiri….

Dan kau takkan perlu susah saat bersamaku….

Saat hadir dalam ruang lingkup hidupku….


Aku masih hawa….

Masih punya kasih dan cinta….

Cuma aku bukan seperti dia…..

Kasih dan cinta padaku bukan untuk tontonan semata….

Lantas aku tak biasa menghamburkan kasih dan cinta….

Untuk tontonan umum semua….


Aku memang berbeza….

Itu aku akui sekali….

Aku mungkin kurang hormon perempuan….

Yang menjadikan aku kurang tarikan….

Dimata kau lelaki….


Aku perempuan….

Yang memasang sendiri almari dan segala peralatan rumah….

Yang terbongkok-bongkok membetul saliran tersumbat….

Yang menukar sendiri paip air di sinki….

Yang dengan mudah menukar mentol lampu dan fius….

Yang tidak malu mengagkat kotak berat sendiri….

Yang tidak kisah berpeluh busuk kerana longkang semata….


Namun bukan pula aku alpa jauh sekali untuk terlupa….

Aku masih perempuan…

Masih wanita….

Masih gadis….

Masih hawa….

Masih anak dara….


Lantas kuimbangi semua kekurangan….

Agar aku bisa tegak berdiri….

Aku masih seperti dia….

Biasa menjadi ratu didapur….

Aku masih sama dengan dia….

Boleh menjadi tukang bersih dan kemas terbaik….

Aku tetap seperti dia….

Mampu menjadi pendengar setia….

Saat kau dilanda pancaroba sengketa….

Aku serupa sahaja dengan dia….

Masih punya perasaan keibuan yang mengebu dijiwa….

Aku dan dia seiring….

Punya rasa mahu menyayangi dan disayangi….

Malah mungkin aku lebih dari dia….

Kerana aku pasti mampu menyenangkan dan menjaga kau….

Saat suka, gembira, senang, sedih, susah dan payah mu….


Aku masih hawa….

Cuma sangat sukakan cabaran lasak….

Aku paling suka mencabar diri sendiri….

Melakukan sesuatu yang menguji keberanian….

Melakukan sesuatu yang kau anggap tidak manis untuk kelembutan hawa….


Aku wanita….

Yang bisa berkawan dengan adam….

Dan menjadi teman setia….

Namun dengan hanya erti kawan sebenarnya….

Aku yang tidak pandai bercakap lembut dan perlahan….

Yang tidak betah berjalan dengan lemah gemalai…..

Yang tidak sesuai duduk sopan santun bagai….

Yang tidak mampu mengunakan sifat untuk mengoda….


Aku memang jauh lainnya dari dia….

Tapi kenyataanya inilah aku….

Aku tak biasa jadi hipokrit….

Aku tak mampu berlakon semata….

Kerana aku bangga menjadi diriku….


Aku hari ini….

Terbentuk dari keterdewasaan aku sejak bertahun lama….

Aku yang terbina dari asuhan dan didikan yang sempurna….

Walaupun aku berbeza sekali dari dia….

Namun aku bangga….

Kerana aku jarang menyusahkan sesiapa….

Malah bisa pula berdiri sendiri dengan kaki terpasak di bumi…


Aku mungkin berbeda…

Namun aku bisa berdikari dan menjadi diri sendiri….

Menjaga diri sendiri dari kekalutan dunia….

Bisa tentukan buruk baiknya perbuatan….

Malah perlu pula menaggung sendiri setiap natijah pilihan rela….


Lantas…

Jangan sesekali kau hina aku….

Jangan sesekali kau pandang aku tanpa mata….

Jangan sesekali kau kritik aku tanpa memahami….

Jangan pernah kau berpaling dariku….

Hanya kerna aku tak seperti dia yang kau puja….

Hanya kerana aku jauh berbeza….


Ketahuilah….

Aku sememangnya begini…


Saturday, October 1, 2011

^^ KAU KAMI NANTIKAN ^^


Dia… kami tunggu dengan penuh sayang….

Dia ….kami nanti dengan penuh debaran….

Dia…kami harapkan dengan penuh kasih….

Dia….kami soroti dengan penuh teruja….


Dia yang menjanjikan cahaya….

Dia yang menjanjikan ketawa dan sinaran mata….

Dia yang membuatkan kami tersenyum pada semesta….

Dia yang menjadikan kami seperti terkena loteri sejuta….


Saat menunggu kehadirannya….

Pelbagai rancangan terlorek di minda….

Saat melihat perkembangannya….

Walau tanpa wajah dan rupa….

Kasih kami tumpah sedalam lautan petala….


Dia….membawa kami perasaan itu….

Bahagia !!!!

Dia memberi kami perasaan itu….

Teruja !!!!

Dia mengajar kami perasaan itu….

Kasih !!!

Sayang !!!

Debaran !!!


Dia kurniaan ILLAHI yang paling istimewa….

Dia pelengkap keluarga….

Dia keajaiban YANG MAHA PENCIPTA….

Dia memastikan kuntuman senyum di wajah ayah bonda….

Dia menyiram bahagia walau tanpa sepatah kata….


Dia insan kecil yang paling berharga….

Memandang dia umpama bulan purnama….

Tiada kata dapat mengungkapkan betapa…..

Indahya dia….


Dia si comel yang baru dipinjamkan YA MAHA ESA….

Bersama dia didatangkan rezeki dan tanggungjawab….

Tak tergambar syukur kepada YA RAHMAN YA RAHIM….

Untuk kurniaan permata kesayangan keluarga….


Sayang….

Aku tunggu kelahiranmu….

Banyak yang ingin ku berikan padamu….

Tak terkurang kasihku seperti yang tercurah untuk abangmu….

Kalian perkara yang paling kusayang di semesta AZZAWAJALLA ini….

Kalian segala-galanya bagi kasih dan chenta hatiku….


Walau saat itu aku jauh….

Tak tergambar perasaan saat aku menanti kedatangan kamu….

Tak terlukis denyut jantung saat aku menanti khabar darimu….

Tak tersanggup memikirkan kesakitan mulia bonda saat bertarung….

Demi memastikan kau lahir ke dunia….

Tak terbayang bias gusar wajah ayah saat menanti tangisan pertama kau di alam maya….

Kau kami nantikan…..


Lahirmu, sayang….

Mengetuk sejuta gendang gembira….

Membikin segenap bising semesta….

Meresapkan aliran sungai bahagia….

Melimpahkan puji syukur yang tak terhitung bilangannya….


Lahirmu, sayang…..

Tak terungkai istimewanya….

Tak tercipta walau sepatah kata….

Tak terpatri bagaimana rasanya….

Kerana kau….

Kami nantikan…..







UNGKAPKAN….LAFAZKAN….KATAKAN….CINTA !!!


Hanya yang pernah melalui akan faham….

Hanya yang pernah merasa akan mengerti….

Cinta yang datang bukan dipinta….

Jauh sekali dibenci….


Namun kekadang….

Cinta yang datang hanya sekadar ujian….

Hanya peringatan yang maha ESA tentang kasih sayangNYA….

Tak mudah jatuh cinta….

Kerana ia melibatkan hati dan perasaan….

Melibatkan kepercayaan dan kesetiaan….

Melibatkan kebahagiaan dan pengorbanan….



Apatah lagi jika cinta itu datang….

Pada saat kita tak pernah inginkannya….

Pada orang yang tak pernah mahu mengerti….

Pada ketika dia telah dimiliki….

Pada waktu dia sudah tertutup hatinya…..


Lantas….

Pilihan yang sering tidak adil….

Pendamkan saja perasaan itu….

Simpan saja rasa cinta itu….

Bungkus sahaja detik hati itu….


Kerana untuk apa diceriterakan….

Andai dia takkan pernah memahami….

Untuk apa dipuisikan….

Andai dia takkan pernah mengerti….


Namun….

Seringkali hati berkata….

Khabarkanlah pada dunia….

Rasa hati yang sedang berbicara tentang cinta….

Jeritkanlah pada dia….

Perasaan hati yang sedang bergelora….

Kerana mungkin dia akan mengerti….

Mungkin dia akan memahami….

Walaupun takdirnya bukan milik kita….



Lafazkanlah cinta…

Andai benar itu yang tercoret didada….

Ucapkanlah sayang….

Andai benar itu yang terlukis dijiwa….


Kerana….

Walaupun kita mungkin kehilangan dia…..

Selepas kenyataan di depan mata….

Sekurang-kurangnya dia akan tahu….

Kita pernah mencintainya….

Kita pernah menyayanginya….

Dan dia pernah menjadi sebahagian dari hati kita….

Dan kita akan lapang....

Kerana sempat mengungkapkan simfoni jiwa....



Andai dengan melafazkan….

Aku menjadi bahan senda….

Aku rela menjadi boneka….

Andai dengan mengucapkan….

Aku bakal menanggung derita….

Aku rela merana…..

Andai mengungkapkan….

Membuat aku jadi bahan ketawa….

Aku pasti menerimanya dengan rela….


Pada saat kamu telah tetapkan hatimu….

Pada saat kamu telah bersedia….

Pada saat kamu telah bisa menjaga hatimu sendiri….

Pada saat hatimu telah kau curi kembali….

Ungkapkanlah cinta….

Walau bagaimana kesudahannya….