Sunday, June 22, 2014

ANAK JAMINAN SYURGA

Ngeri,
Sayu,
Pilu,
Marah,
Benci,
Ahhhh,
Semuanya bersimpang siur dalam dada.

Melihatkan mata beningnya,
Mendengar lirih suara dia,
Aku jadi terpana kelu,
Hatiku jadi pilu sayu.

Dia tak mengetahui apa-apa,
Dia tak mengerti mengapa kau perlukan dia begitu,
Dia tak memahami sikap layananmu padanya,
Dia dengan segala redha hanya menerima.

Dia cuma tahu kau ibunya,
Dia cuma tahu kau nyawanya,
Dia cuma tahu kau istimewa di hatinya,
Dia cuma tahu kau pelindungnya,
Dia cuma tahu,
Dia sayangkan kau.

Walau telah diperlakukan sebegitu,
Dia masih memaggil kau IBU,
Walau telah diabai diseksa,
Dia masih memanggil kau dengan kata keramat itu,
IBU !!
Walaupun hampir diburu ajal,
Dia masih mencari kau dalam setiap panggilannya,
Kau masih yang utama padanya,
Dia memanggil kau,
IBU !!!!

Demi tuhan,
Kau tidak layak untuk itu,
Kau tidak layak dengan gelaran mulia itu,
Sungguh,
Kau tidak layak.

Dimana rasa kasihmu padanya?
Dimana rasa ihsan mu padanya?
Dimana rasa sayangmu padanya?
Dimana letak kemanusiaanmu padanaya?
DIMANA ???!!!!!!!

Dia,
Warga syurga kesayangan Illahi,
Yang akan memimpinmu ke syurga nanti,
Dia yang pasti menantimu di pintu syurga yang abadi,
Yang akan membantumu disana,
Yang dijanjikan tempat terbaik di sisiNYA.
Dia,
Kesayangan ALLAH AZZAWAJALLA.

Walau dengan pelbagai alasan,
Walau dengan seribu satu kisah menyayat perasaan,
Walau dengan jutaan cerita kesedihan,
Tidak ada yang akan dapat menjustifikasikan tindakkan kau padanya,
Tidak ada,
Dan ,
Tidak akan pernah ada !!!
Tidak akan pernah ada yang dapat menerima,
Dengan logik akal manusia,
Perlakuan kau padanya.
TIDAK !!!

Kerana dia,
Dia,
Anak jaminan syurga.

7.16 PM

Iyla Rahman - 22062014


Ini untukmu adik, kerana tiada kata untuk akak sampaikan tentang apa yang kau alami selama ini. Sungguh, kau anak syurga, Muhammad Firdaus Dullah.

Friday, June 20, 2014

MENGHARAP BAHAGIA

Dunia hanya melihat senyumnya,
Dunia hanya memerhati gelak tawanya,
Dunia hanya peduli lakon gembiranya,
Dunia hanya mengerti tipu bahagianya.

Dan dia.

Terus menjadi pelakon hebat,
Menayangkan senyum simpulnya,
Menyembunyikan gerhana jiwanya.

Terus menjadi pemain wayang handal,
Terus melukis gembira bahagianya,
Menyembunyikan gerhana keruh sukmanya.

Ahhhh,
Andai dunia tahu,
Setiap lelah malamnya dihurungi sendu pilu,
Setiap pejam malamnya ditemani air mata sendu,
Setiap lenanya beradu dibebani saratnya sepi membeku,
Setiap damai mimpinya dibaluti keresahan tak bertepi.

Andai dunia tahu.

Dia keseorangan menjalani pentas hidupnya,
Dia kesepian menyusuri takdir hidupnya,
Dia terkontang kanting mencari dimana sulur bahagianya.
Andai dunia tahu,
Apa disebalik senyumnya,
Apa disebalik tawanya,
Apa disebalik gurau sendanya,
Apakah dunia akan memahaminya?
Apakah dunia akan mengerti tentangnya?

Andai dunia tahu,
Dia handal berpura dalam senyumnya,
Dia hebat berpura dalam riangnya,
Dia gemar berpura dalam bahagianya,
Adakah dunia akan mengerti?
Adakah dunia akan segera memahami?

Dia sunyi,
Dia sepi,
Dia keseorangan,
Dia tiada berteman,
Dia tidak terluah tentang rasa jiwanya.

Setiap di dalam sujudnya,
Setiap di dalam doanya,
Setiap di dalam permohonan kudusnya,
Di lewat sepi alam yang terlena,
Dia memohon pada Yang Maha Pengasih,
Agar dihadiahkan bingkisan bahagia,
Agar dianugerahkan hembusan kasih,
Agar diselubungi untaian sayang,
Agar dia bisa tersenyum gembira dalam bahagia yang sebenarnya.

Dia,
Hanya mahu bahagia.

Dia
Menanti nama yang tertulis untuknya di Loh Mahfuz.

Dia,
Menunggu adamnya mencair beku hatinya.

Dia,
Mengharap akan tiba satria memperjuangkan cinta hidupnya.

Dia,
Hanya mahu, menanti, menunggu dan mengharap,
Adamnya,
Membawa bahagia yang dia dambakan dari istana cinta.



Iyla Rahman – 14022014
3.23 AM


Ilham dari kawan2 yang mengeluh kesah tentang teka-teki jodoh mereka. Yang tertanya-tanya, tentang rahsia Tuhan. Yang belum lagi dijumpai oleh adam yang kehilangan tulang rusuknya.


**Kenapa hawa dibuat dari tulang rusuk kiri Adam, dan bukan kanan? Kerana tulang rusuk dikiri paling hampir dengan Hati. Maka, kerana itulah, Hawa itu, adalah tulang rusuk yang terdekat di hati seorang Adam.

INI UNTUK DIA

Puisi ini kutujukan buat Dia, yang dalam setiap senyap dan diam doanya memohon pada MAHA Pencipta agar dijagakan  rusuk kirinya. Doctor, this is for you. Thanks for each of the inspirational scribble that you share thru media social.



Dia,
Dalam tenangnya redha menikmati percaturan ALLAH,
Terselit rasa sunyi yang kadang kala nyilu,
Dalam senyumnya menerima redha ketentuanNYA,
Terselit perasaan rindu yang mendayu.

Rindu itu,
Sunyi itu,
Hadiah ALLAH untukknya.
Maka dia redha terbuka dengan lukisan takdirnya.

Dia,
Sungguh tenang diraut wajah,
Sungguh aman disetiap butir bicara,
Sungguh,
Dia menjadi intaian setiap mata yang memandang,
Dia menjadi ukuran penilaian,
Dia menjadi ikut-ikutan.

Namun,
Ahh,
Dia manusia biasa juga,
Kekadang terhanyut dengan rasa,
Kadang-kadang terbias dengan keinginan,
Masih juga kadang waktu diusik perasaan,
Mahu dikasihi dan mengasihi,
Perasaan yang satu itu,
Untuk yang satu dihati.

Dia menanti Hawanya,
Dia menunggu Bidadarinya,
Dengan penuh rasa percaya,
Dengan penuh ikhlas dan redha,
Dia melapangkan jiwanya,
Dan,
Dia serahkan semuanya pada yang mencipta dia.

Dia yakin,
Pasti ada hadiah istimewa dari Ya Robb,
Pasti ada pemberian ajaib dari Yang Maha Pencipta,
Pasti,
Dia pasti,
Satu hari nanti,
Satu ketika nanti,
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Pasti memberikan dia Sinar hidupnya,
Pasti.

Di setiap bingkisannya,
Ku ulang pada diri sendiri,
Andai aku bisa membaca hatinya,
Andai aku bisa meneroka sukmanya,
Andai aku bisa mengimbas raganya,
Mahu sekali aku fahami dia.

Apa dia rasa?
Perasaannya?
Gema bunyi bisikan hatinya?
Melodi irama siulan jiwanya?

Entah,
Perlukah aku kasihan padanya,
Atau,
Perlukah aku bangga dengannya,
Ketabahannya membuat aku kadang kala terharu,
Redhanya membuat aku selalunya menjadi bisu.

Dia, kufahami melalui taatnya pada Bonda,
Dia, kubaca melalui nukilannya,
Dia, kuhuraikan melalui tintanya,
Dia, kuselami melalui bait nasihatnya.

Untuk dia,
Semoga satu hari akan dikurnia bidadari terbaik,
Semoga ALLAH memberinya apa yang tak terluah,
Semoga setiap inginnya diperkenankan Yang Maha Esa.

Bertabahlah,
Moga Ditemu Bahagia.


7.10 PM

Iyla Rahman - 20062014