Saturday, March 10, 2012

SONGSANG


Aku insan yang dikatakan selalu melupakan TUHAN….

Tidak tepat frasa itu….

Tak pernah sedetik dalam perlahan deru nafasku….

Aku berhenti bersyukur pada rahmatNYA….

Sentiasa di hati mengungkapkan nama DIA….

Mengagumi kebesaranNYA…

Meladeni limpahan rahmatNYA….


Jangan kerana aku begini….

Maka aku dihukum terpasak ke bumi….

Buruknya aku mungkin masih mampu berubah….

Namun kuasa ILLAHI….

DIA mampu merubah letak berdiri antara kita…

Kalian mungkin menjadi aku pada esok hari….

Dan aku bisa berada di posisi kalian berdiri…

Saat itu…

Apakah kalian sedia menerima tiap helaan benci…

Bersedia merasakan perit hatiku kini….


Aku seperti lantai yang berdaki….

Seperti dindng berlumut yang tidak dicuci….

Tapi aku masih utuh berdiri….

Masih ada binaan teguh dalam diri….

Masih tahu batas menjaga diri…

Masih mengerti makna maruah yang suci…


Jangan kerana aku berbeda….

Kerana aku songsang dikalangan kalian….

Maka aku berdosa….

Maka aku menjadi mangsa….

Bagaimana pun luaran diriku….

Aku masih berpaksi pada YANG MAHA PENCIPTA….

Masih mencintai AZZAWAJALLA…


Aku akui aku tidak sejernih kalian….

Tidak jugak mampu menjadi sebening kalian…

Aku tidak putih suci bersih….

Jauh pula untuk mampu menyaingi keimanan kalian…

Makanya aku merayu….

Terimalah aku seadanya aku…

Fahami aku sebelum menyakitiku….

Khatam tentangku sebelum menyalahiku….


Kerana aku cuma insan biasa….

Yang sering lemas dalam fatamorgana ciptaanNYA…

Yang sering tewas dalam rukuk sujud kurniaanNYA…


Maafkanlah aku kerana tidak mampu menjadi hiasan terbaik dunia…

Terhakis,

Iyla Rahman

( 10032012 – 2.39 AM )