Salam lebaran minal aidil wal faizin….
Hanya itu yang mampu ku ungkapkan…
Pada seluruh isi alam yang bakal menyambutnya….
Beberapa detik tika mendatang….
Dengan penuh kegembiraan dan kesyahduan….
Saat dapat menyelusuri jalan keinsafan dan ketenangan….
Bersama keluarga dan handai taulan tersayang….
Untuk teman dan kenalan….
Yang mengenaliku waima dari sempitnya waktu ikatan….
Atau yang mendekatiku bersama panjangnya susur persahabatan….
Malahan untuk kalian…
Yang merapatiku dari jauhnya sisi tingkap perkenalan….
Yang mencoretkan hari-hariku dari indahnya pertemuan….
Selamat Hari Raya Aidilfitri….
Hanya itu yang mampu ku persembahkan….
Sebagai tanda penghargaanku dan kesyukuranku….
Kerana mampu melewati hari-hari dan momen-momen indah bersama kalian….
Yang mengajarku manisnya makna kehidupan….
Maaf zahir dan batin….
Untuk semua kalian seisi alam….
Maafkan salah dan silapku andai pernah….
Aku melakukan sesuatu yang menguris hati…
Maafkan aku dari segala salah dan khilaf….
Salam syawal penuh keberkatan….
Mendengar aluanan takbir suci menyeru keredhaan ILLAHI….
Yang sekian lama dirindukan…
Yang sekian lama dinantikan….
Bergembiralah dan nikmatilah hari raya….
Kerana belum tentu kita akan menemuinya semula….
Kerana ini mungkin aidilfitri terakhir buat kita…..
Ku susun sepuluh jari kecil…
Menghulurkan tangan di hari lebaran….
Semoga kita semua bergembira disamping sanak saudara dan keluarga….
Ibu dan ayah jangan dilupa….
Mohonlah restu dari mereka di pagi raya nan mulia….
Pada yang telah tiada jangan dialpa…
Ziarahlah mereka seikhlas adanya….
Moga mereka berbahagia di alam sana….
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin….
Buat semua sahabat, kawan, teman, kenalan…..
Dan tidak lupa mereka yang sekadar berselisih di jalan kehidupan….
Dari aku yang serba kekurangan….