Sakit….
Cuma itu yang mampu digambarkan….
Usah ditanya terperinci kesakitan itu bagaimana…
Kerana takkan ada yang mampu memahami rasanya…
Bila bukan berada di tempat aku berdiri kini…
Cukuplah andai kalian sekadar melihat….
Tawa ku…senda ku…lucu ku….
Jangan dibahaskan selain itu….
Kerana aku sendiri kadang mahu lari…
Dari benar-benar meneladani apa yang kurasa…
Teringin sekali ku bertanya….
Ya TUHAN….apa sebenarnya perancanganMU….
Ya TUHAN….apa sebenarnya tersirat untukku….
Ya TUHAN….kenapa perit sungguh anugerahMU….
Ku hargai rasa ini sebagai anugerah terindah dari DIA….
Ku syukuri ihsanNYA dengan meminjamkan ku rasa ini….
Ku terima pemberian istimewa dariNYA….
Ku redha untuk perasaan yang tak pernah ku pinta ini….
Kalian….
Ku tahu kalian tentu selalu mahu aku kuat…
Ku tahu kalian mahu aku tabah…
Ku tahu kalian merasakan perasaan ini enteng….
Ku tahu kalian merasakan aku sekadar terbawa-bawa….
Ku tahu kalian merasakan aku hanya bersandiwara….
Dan ku juga tahu….
Kalian merasakan perasaanku ini hanya picisan kosong….
Aku mengerti….
Kerana kalian takkan pernah dapat melihat hatiku….
Dan demi ALLAH….aku tidak mahu kalian melihatnya sama sekali….
Kerana kalian takkan sanggup untuk menaggung bebanan yang ku rasa….
Kerana kalian pasti akan sangat bersimpati pada HATI ku nanti….
Cukuplah….
Sekadar kalian tahu….
Aku menggunakan seluruh kekuatan hati untuk melalui perasaan ini….
Aku mengunakan seluruh tenaga jiwa untuk menjadi seteguh ini….
Aku menggunakan seluruh keringat untuk menebat perasaan ini….
Namun aku masih gagal….
Tidak pernah….
Sekali pun tidak pernah aku pinta….
Diberikan perasaan ini….
Diberikan anugerah ini….
Diberikan rasa ini…..
Perasaan ini….
Bukan aku semai terbitnya…
Bukan aku siram benihnya….
Bukan aku baja suburnya….
Andai aku mampu….
Percayalah aku pasti meracun perasaan ini ke akarnya….
Percayalah aku pasti melontar perasaan ini sejauh-jauhnya….
Bukan tidak ku cuba….
Bukan tidak ku usaha…
Menghapuskan perasaan anugerah ILLAHI ini….
Setiap saat dan saban waktu….
Aku melakukan segalanya yang terdaya menghukum perasaan ini….
Mudah andai aku boleh persetankan perasaan ini…
Mudah andai aku boleh cabut perasaan ini dari hatiku…
Dan kembali mengawal emosi ku seperti dulu…
Menjadi aku yang dingin dan bangga bisa hidup sendiri…
Menjadi aku yang tak perlukan sesiapa di hati…
Namun kenyataannya…
Aku tak bisa…
Aku tak mampu….
Aku tak boleh….
Kerana perasaan ini pemberian DIA….
Lantas….
Ku hanya mahu mengengamnya…
Merasai sakitnya….
Membenarkan diri melaluinya tanpa paksaan….
Membiarkan diri tenggelam dalam perasaan dan sakit yang tak sudah datang…
Tanpa aku mahu mempersoalkan…
Samada ini anugerah atau hukuman atas kesilapan dan keegoaan ku….
Hingga suatu masa nanti…
Bila aku sudah bisa berdiri sendirian lagi…
Sudah bisa merasa kosong sekali lagi…
Sudah bisa merapati sepi dan sunyi….
Aku pasti lepaskan perasaan ini….
Aku pasti membuka gengaman hati ini…
Aku pasti bebaskan perasaan hati….
Aku pasti sudah tidak merasa sakit seperti ini lagi…
Kerana saat itu….
Aku pasti kembali menjadi aku yang kalian kenali….
Aku pasti pulih dari jerutan perasaan ini…
Aku pasti teguh dan tabah berdiri tanpa gentar sekali lagi…
Cuma yang ku pinta….
Ku mohon berikanlah aku masa….
Berikanlah aku ruang….
Berikanlah aku kesempatan….
Untuk aku mencari diriku semula…
Doakanlah aku….
Demi kasih kalian kepadaku….
Agar ku temui diriku disebalik tabir waktu...
No comments:
Post a Comment