Selalukan kite dengar ungkapan seperti ini…..
Ungkapan yang ringkas tapi dalam pengertiannya….
Malah ungkapan ini sangat dekat dihatiku….
Membaca bait-bait ini….
Seperti merobek tangis dan perasaan….
Percayakah kalian andai aku katakan….
Aku sedang nazak dilambung perasaan….
Aku sedang tenat dihimpit penasaran….
Percayakah kalian andai setiap hari hanya senyum dan tawaku….
Percayakah kalian andai senda tawa dan gurau ku sahaja….
Yang menjadi santapan kalian….
Yang dapat kalian tafsirkan dari raut wajahku…..
Aku sendiri tak betah dan sampai sekarang tak mengerti….
Macam mane hati aku boleh terpaut pada dia….
Macam mane aku boleh ada rasa pada dia….
Tuhan saje yang tau….
Aku sangat sangat sangat CINTAKAN dia….
Aku dan dia sangat berbeza….
Sangat kontra….
Terutama dari segi usia….
Pasti inilah yang akan menimbulkan keji nista orang merata….
Dia cuma remaja yang kerja biasa-biasa….
Jauh bedanya kami….
Kerana kata orang aku punya masa depan yang cerah….
Aku punya kelulusan dan sekeping kertas….
Tanda kelayakan yang belum tentu nyata….
Dia hanya remaja yang masih muda….
Belum tahu masa depannya….
Kata orang….
Dia cuma budak dapur yang belum mengenal dunia….
Dia cuma remaja yang hobinya adalah bermain games….
Dia cuma orang biasa yang tidak ada kelebihan untuk dibangga….
Tapi aku sayang dia….
Pertama kali melihatnya….
Aku tahu hatiku telah hilang….
Aku tahu aku telah tewas pada perasaan sendiri….
Namun yang anehnya….
Aku dan dia tak pernah berbicara….
Aku dan dia tak pernah bertegur sapa….
Ada ketika saat dia melihat aku….
Aku seperti tak wujud disekelilingnya….
Kami langsung tak pernah bersahabat….
Selalunya saat aku ada….
Dia tak pernah memandangku….
Apatah lagi menghulurkan sekuntum senyuman….
Aku tak pernah wujud dalam kamus hidupnya….
Saat aku melihat dia bercanda bersama teman-temannya….
Saat aku kepingin menegur dan mendengar bicaranya….
Dia hanya memandangku tanpa persepsi diwajah….
Tanpa makna dimata….
Malah seringkali juga….
Saat aku ada diantara dia dan kelompoknya….
Dia takkan menyedari kehadiranku….
Dia takkan perasan pengamatanku….
Dia takkan terasa renunganku….
Kerana dia sedang bahagia….
Dia sedang sibuk mengulit cinta….
Dia telah BERPUNYA…..
Namun....
Aku tetap selalu ingin melihat dia….
Mengetahui perkembangannya….
Mendengar kisahnya…..
Aku cuma mahu dia bahagia….
Pelikkan kisah aku dan dia….
Satu kisah yang takkan pernah jadi cerita….
Bagaimana mungkin aku boleh CINTA dia….
Sedangkan nama penuhnya pun aku tak tahu….
Sedangkan bercakap pun tak pernah….
Berborak jauh sekali….
Bagaimana mungkin aku SAYANG dia….
Sedangkan rapat pun tidak….
Menjadi kawan pun tidak….
Bercakap pun tidak….
Kenal pun tidak….
Nama untuk dia menyedari perasaanku pun tidak…..
Tapi itulah yang aku rasa….
Dia mendominasi hidupku….
Sentiasa dia dalam fikiranku….
Walaupun aku sedang bersama dunia….
Pelik kisah ini….
Malah takkan ada yang percaya….
Kerana mereka tak pernah merasakannya….
Benar…..
AKU CINTA DIA……