Tuesday, April 23, 2013

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN, FARAH !!!!




Kita berkenalan kerana percaturan tuhan,
Kita berjumpa kerana takdirNYA,
Kita bersahabat kerana pertemuan semalam,
Kita menjadi akrab kerana pilihan bersama.

Kita masing-masing sangat berbeda karektor,
Sangat berasingan lagaknya,
Berbeza tingkah dan kelakuan,
Namun kita begitu serasi bersama,
Hinggakan tanpa kau,
Aku menjadi rindu.

Kita melakar cerita persahabatan,
Dengan menjalin perbezaan,
Menganyam pertelingkahan,
Mengait keterberasingan,
Menjahit sifat individu,
Menjadi kita bersama hari ini.

Kita menerima setiap kelemahan kita,
Kita bersikap terbuka pada setiap kekurangan kita,
Kita memilih bersetuju untuk tidak bersetuju,
Kita mampu menukar kelemahan kepada kelebihan,
Kerana kita adalah yang lebih dari sahabat.

Kita berbeza, kawan !!!!
SANGAT !!!!
Namun, kita saling menyayangi dan menghargai,
Saling melengkapi dan memahami,
Sentiasa ada untuk kita walau bukan dalam dimensi yang sama,
Kerana kita tahu,
Kita sentiasa ada kita.

Dan hari ini,
Saat kau telah menginjak setahun lagi usia,
Aku mahu mendoakan kau yang terbaik sahaja,
Aku memohon padaNYA,
Agar menjagakan engkau dalam pelukan kasihNYA,
Kerana hanya DIA tahu,
Kau sebahagian cerita indah hidupku.

Kau,
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran,
Aku gembira kau tua setahun lagi hari ini,
Kerana aku membayangkan untuk kita tua bersama,
Walau hakikatnya,
Kau dan aku tentu setuju,
Kita sentiasa muda di hati.

Untuk kita,
Kau ( Si udang ), Aku ( Si Sotong ) dan dia ( Si Keeli ),
Yang membina apa yang kita ada hari ini,
Demi kasih sayang selamanya.



KAMI SAYANG KAU, SENGETTTTT !!!!!!

Untuk hari lahirmu,
Iyla Rahman
23042013 – 3.18 a.m

Saturday, April 20, 2013

SEPI ITU AKU


Mengumam sendirian dalam sepi hati,
Kenapakah hati tidak pernah mahu menurut pada fikiran??
Realiti itu salah,
Namun masih didamba hadirnya..

Andai hati bisa memilih logika,
Tiada ia sentiasa sesak menanggung seksa,
Degil hati umpama duri sembilu yang merobek perasaan,
Berkali terkesan namun masih berulang..

Susah sungguh menjadi berperasaan,
Entah bila semuanya ini hadir dan menjadi kemahuan,
Dipinta pada yang dilarang,
Dimahu pada yang dihalang,
Dirindu pada yang dihadang,
Diseru pada yang dipelukkan orang,
Bodohnya hati tidak mahu mendengar dendang fikiran yang mengingatkan..

Hati..
Usah difikir pada dia yang tidak akan pernah hadir,
Menyimpan dia dalam hatimu,
Membenihkan hujan di matamu,
Kau tahu tangan mu tidak akan pernah bisa mengapai,
Waima hanya bayangan dia,
Jadi mengapa kau masih mengharap deru kasihnya,
Kasih yang tidak akan pernah bisa kau punya.

Tuhan,
Andai bisa ku ajar hati agar tidak memohon kasih yang dilarang,
Andai bisa ku ajar hati agar tidak berdegup demi namanya,
Andai bisa ku bunuh hati yang degil berperasaan ini,
Aku pasti mahu lakukannya,
Saat ini juga,
Takkan ku bertangguh,
Kerana hati yang degil berperasaan ini,
Membuatku hampir mati berperang,
Melawan fantasinya yang sia-sia.

Hati yang berperasaan,
Untuk apa ditunggu hadirnya cinta,
Sedang kau sedar dia tidak merasakannya,
Untuk apa didamba datangnya bahagia,
Sedang kau faham dia dan kau jauh bedanya,
Untuk apa dilambai indahnya sayang,
Sedang kau mengerti semuanya mustahil direalisasikan.

Hati yang berperasaan,
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa mesti kau kejam pada ku,
Kejam menghukum aku dengan rasa yang tidak kumohon hadirnya,
Kejam mengenakan aku dengan bisikan kerinduan padanya,
Kejam mencederakan aku dengan hamparan cinta yang sia-sia,
Kau kejam duhai hati yang berperasaan,
Kejam sungguh !!!!

 











 Bukankah kau milikku duhai hati yang berperasaan,
Jadi mengapa kau mengingkari mahuku,
Mengapa kau mengkhianati permintaanku,
Mengapa kau tidak bekerjasama denganku,
Kau milikku,
Namun kau memberontak didalamku,
Hingga hampir membuatku lumpuh dalam mengawalmu.

Aku sakit,
Teramat,
Kau menyakitiku wahai hatiku,
Kau tahu aku bakal luka dan sengsara,
Bila bila kau masih menyimpan rasa padanya,
Untuk apa membibit harapan pada dia yang sudah memiliki hidupnya,
Dengarlah kataku ini sekali sahaja,
Lupakan impian itu,
Lepaskanlah tali itu,
Longgarkanlah genggaman tanganmu,
Biarkan semuanya berlalu bersama angin pilu.

Tiada guna perasaan ini duhai hati,
Kerana kau takkan bisa membiaskan pada dia,
Kerana kau takkan pernah berani mengakuinya,
Kerana kau takkan mampu mendendangkannya,
Bukan hanya didepan dia,
Malah pada pelusuk dewata raya juga tidak,
Maka untuk apa perasaan itu,
Kerana ia hanya membuat kau menanggung natijahnya.

Berapa ribu kali lagi harus ku katakan,
Barulah kau akan mengerti,
Atau perlu aku membunuhmu dahulu,
Barulah kau mahu mendengar peri??
Kulaungkan untuk kau,
Untuk kau – hati yang berperasaan,
Berhenti !!!
Lepaskan !!!
Lupakan !!!

Berapa juta kali harus kuulangi laungan ini,
Baru kau mahu memahami.
Baru kau mahu mengalah pada pinta ku,
Yang memiliki sepi ini.

Ya, sepi itu aku…….
                                       






# Yang ini paling susah disudahkan, otak jadi beku dan terhadang. It takes more than 2 month for this one….I’ll remember the memory when I start write this and end it tonight…


Iyla Rahman,
3.12 a.m – 20042013