Kenapakah hati
tidak pernah mahu menurut pada fikiran??
Realiti itu salah,
Namun masih
didamba hadirnya..
Andai hati bisa
memilih logika,
Tiada ia sentiasa
sesak menanggung seksa,
Degil hati umpama
duri sembilu yang merobek perasaan,
Berkali terkesan
namun masih berulang..
Susah sungguh
menjadi berperasaan,
Entah bila
semuanya ini hadir dan menjadi kemahuan,
Dipinta pada yang
dilarang,
Dimahu pada yang
dihalang,
Dirindu pada yang
dihadang,
Diseru pada yang
dipelukkan orang,
Bodohnya hati
tidak mahu mendengar dendang fikiran yang mengingatkan..
Hati..
Usah difikir pada
dia yang tidak akan pernah hadir,
Menyimpan dia
dalam hatimu,
Membenihkan hujan
di matamu,
Kau tahu tangan mu
tidak akan pernah bisa mengapai,
Waima hanya
bayangan dia,
Jadi mengapa kau
masih mengharap deru kasihnya,
Kasih yang tidak
akan pernah bisa kau punya.
Tuhan,
Andai bisa ku ajar
hati agar tidak memohon kasih yang dilarang,
Andai bisa ku ajar
hati agar tidak berdegup demi namanya,
Andai bisa ku
bunuh hati yang degil berperasaan ini,
Aku pasti mahu
lakukannya,
Saat ini juga,
Takkan ku
bertangguh,
Kerana hati yang
degil berperasaan ini,
Membuatku hampir
mati berperang,
Melawan fantasinya
yang sia-sia.
Hati yang
berperasaan,
Untuk apa ditunggu
hadirnya cinta,
Sedang kau sedar
dia tidak merasakannya,
Untuk apa didamba
datangnya bahagia,
Sedang kau faham
dia dan kau jauh bedanya,
Untuk apa dilambai
indahnya sayang,
Sedang kau
mengerti semuanya mustahil direalisasikan.
Hati yang berperasaan,
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa mesti kau
kejam pada ku,
Kejam menghukum
aku dengan rasa yang tidak kumohon hadirnya,
Kejam mengenakan
aku dengan bisikan kerinduan padanya,
Kejam mencederakan
aku dengan hamparan cinta yang sia-sia,
Kau kejam duhai
hati yang berperasaan,
Kejam sungguh !!!!
Bukankah kau milikku duhai hati yang berperasaan,
Jadi mengapa kau
mengingkari mahuku,
Mengapa kau
mengkhianati permintaanku,
Mengapa kau tidak
bekerjasama denganku,
Kau milikku,
Namun kau
memberontak didalamku,
Hingga hampir
membuatku lumpuh dalam mengawalmu.
Aku sakit,
Teramat,
Kau menyakitiku
wahai hatiku,
Kau tahu aku bakal
luka dan sengsara,
Bila bila kau
masih menyimpan rasa padanya,
Untuk apa membibit
harapan pada dia yang sudah memiliki hidupnya,
Dengarlah kataku
ini sekali sahaja,
Lupakan impian
itu,
Lepaskanlah tali
itu,
Longgarkanlah genggaman
tanganmu,
Biarkan semuanya
berlalu bersama angin pilu.
Tiada guna
perasaan ini duhai hati,
Kerana kau takkan bisa
membiaskan pada dia,
Kerana kau takkan
pernah berani mengakuinya,
Kerana kau takkan
mampu mendendangkannya,
Bukan hanya
didepan dia,
Malah pada pelusuk
dewata raya juga tidak,
Maka untuk apa
perasaan itu,
Kerana ia hanya
membuat kau menanggung natijahnya.
Berapa ribu kali
lagi harus ku katakan,
Barulah kau akan
mengerti,
Atau perlu aku
membunuhmu dahulu,
Barulah kau mahu
mendengar peri??
Kulaungkan untuk
kau,
Untuk kau – hati yang
berperasaan,
Berhenti !!!
Lepaskan !!!
Lupakan !!!
Berapa juta kali harus kuulangi laungan ini,
Baru kau mahu
memahami.
Baru kau mahu
mengalah pada pinta ku,
Yang memiliki sepi
ini.
Ya, sepi itu aku…….
# Yang ini paling susah disudahkan, otak jadi beku dan
terhadang. It takes more than 2 month for this one….I’ll remember the memory
when I start write this and end it tonight…
Iyla
Rahman,
3.12
a.m – 20042013



No comments:
Post a Comment