Aku
berkata demi kerana sayangkan kau sahabat,
Aku
bukan mereka yang hanya mengangguk dan mengiakan apa yang kadangkala tidak
muluk diminda,
Walaupun
tahu ada yang pincang dimata hanya demi menjaga halus perasaanmu,
Aku
bukan mereka yang hanya menbiarkan dan memejam mata asalkan kau bahagia
sementara,
Namun
kemudian menaggung kesannya didetik masa yang berlari,
Aku
mahu jadi yang mengingatkan walau sentiasa disanggah perkara,
Aku
mahu menjadi yang sentiasa mejagamu, melindungmu dan mendampingmu,
Walaupun
aku tahu kerap kali kau kiaskan kau tidak perlukan itu,
Walaupun
aku faham setiap kalinya kau merasakan aku merimaskan jiwamu,
Walaupun
aku sedar setiap kalinya kau seboleh mungkin mahu mengengkang aku dari
mengambil tahu,
Walaupun
pada setiap kalinya kau merasakan aku mencampuri urusanmu,
Dan
jika itu membuatkan kau muak,
Maka
maafkanlah aku.
Kerana
sayang sahabat, maka aku jujur meluahkan kata,
Aku
telus meluahkan rasa,
Aku
cerah memuntahkan peringatan,
Aku
mudah menyatakan pertimbangan,
Kerana
aku merasakan kau sebahagian dariku,
Kerana
aku tidak mungkin memaafkan diri sendiri andai apa-apa terjadi padamu,
Kerana
aku tidak mungkin bisa tenang andai kau pincang,
Dan
yang utama sahabat, aku ini telah dalam vakum waktunya melakar ikrar pada diri
sendiri untuk selalu melindungimu,
Walau
dalam bahagian apa pun,
Walau
dalam bingkai bagaimana pun,
Maka
untuk khilafku itu juga,
Maafkanlah
aku sahabat kerana senang berikrar pada
yang bukan hakku.
Namun
iya, caraku membuat kau bertunas benci,
Caraku
yang tidak sama seperti mereka,
Caraku
membuatkan kau merasakan aku cemburu dengan apa milikmu,
Caraku
membikin kau merasakan aku lumat didada saat kau bahagia,
Caraku
melakarkan aku seperti cuba merentap segala renda gembiramu,
Caraku
menerbitkan rasa persis aku cuba menghancurkan duniamu,
Maka
berikanlah kemaafanmu padaku sahabat.
Aku
terima sahabat andai itu pilihanmu,
Kerana
aku mengerti aku bukan sebahagian darimu lagi,
Kau
sudah punya duniamu sendiri dan aku tidak padan berada bersama,
Kerana
aku takkan mampu menjadi bisu hanya sebagai penonton pada apa yang aku rasa
tidak kena,
Waima
dulu kita tidak pernah sama namun kita aman dalam dua beza,
Namun
kini segalanya beda pada kita hingga beza itu membunuh rasa melengkapi
disanubari,
Untuk
itu maafmu kupohon sahabat.
Maafkan
sahabat, untuk kesemuanya,
Walaupun
kita pernah berkata takkan menyimpannya di relung rongga nyawa,
Walaupun
kita pernah menuturkan akan menerima dan memaafkan segalanya agar tak terkesan
di ruang kelahiran kasih,
Walaupun
kita pernah mengikrarkan setiap seretan geseran takkan pernah menghakis apa
yang terbina antara kita,
Rasanya
aku yang sengaja lupa bahawa kita tetap tidak sama rentaknya,
Aku
yang tidak mahu menerima kenyataan antara kita sudah punah kimianya,
Aku
yang menulikan minda dengan memadam fahaman demi mengenggam percaya tiada pemisah
antara kita,
Akulah
yang salah kerana benar percaya kau bisa memahami dari mataku tentang rasaku
padamu tanpa perlu menbiaskan melalui kata,
Akulah
yang naïf kerana benar yakin kau sangat
mengerti diriku walaupun songsang tingkahku padamu,
Aku
sangka kau mengenaliku,
Maafkanlah
aku sahabat kerana tanpa sedar telah melepasi garisan persahabatan yang telah
kau ukir tanpa aku maklum tentangnya.
Namun
ketahuilah sahabat walaupun kau tidak mahu percaya,
Walaupun
kau akan sangsi pada asli benarnya,,
Tidak pernah ada sezarah cemburuku pada bahagiamu,
Tidak
pernah ada sekuman gores hatiku pada gelak tawamu,
Tidak
pernah ada sehama desir dihati pada riang gembiramu,
Tidak
pernah ada seatom nawaitu hitam pada apa milikmu,
Tidak
pernah ada sekecil manapun aku mahukan rentak hidupmu,
Tidak
pernah sahabat, tidak pernah senafaspun aku mahu menari dengan sepatumu,
Untuk
itu juga berikanlah maafmu padaku sahabat.
Baiklah
sahabat andai tiada lagi kita adalah mahumu,
Legalah
sahabat kerana aku patrikan janji tiada lagi selepas yang ini,
Demi
kau sahabat, tiada lagi aku,
Ahhhh,
tidak mengapa sahabat andai itu mahumu,
Aku
perkenankan bisikan inginmu itu sebagai hadiah kecil terakhir dariku untuk kamu,
Maka
aku anugerahkan kau pengkebumian aku
sebagai seorang sahabat,
Terakhir
kalinya maafkanlah aku sahabat
Namun
jangan pula salah tafsiranmu sahabat,
Kerana
ini bukan mahuku tetapi benarnya perlumu,
Aku
mati demi memastikan kau tidak lagi aku ganggu,
Aku
mati demi membiarkan kau bisa menyusuri jalanmu tanpa aku sebagai kerikilnya,
Aku
mati demi kamu kerana cintaku padamu membunuhku,
Aku
mati kerana aku takkan mampu melihat namamu tanpa mengambil tahu keadaanmu,
Aku
mati kerana di setiap nafasku walau dalam jauhnya jarak hilangku, setiap doaku
masih buatmu
Aku
mati kerana aku perlu mati,
Sahabat,
maafkanlah aku kerana tidak mampu melepaskanmu dulu.
Sahabat,
Untuk
pergiku kali ini,
Aku
mohon sungguh agar kau simpan walau hanya secebis sisa sayangmu padaku jauh
direlung nadimu saat talkinku berakhir,
Kerana
yang pasti sahabat, saat aku mati, kau masih aku kasihi seikhlas hati,
Aduhai
sahabat, orang asingmu ini memohon diri dari orang asing yang dia sangat
sayangi,
Maafkanlah,
maafkanlah, maafkanlah, maafkanlah, maafkanlah, maaafkanlah, maafkanlah,
Orang
asing ini wahai orang asing yang aku kasihi.
Stranger
with memories,
Iyla
Rahman
151012
– 10.45 PM