Thursday, September 15, 2011

~*~*~ TAK MUDAH ~*~*~

Melupakan itu tak mudah....

Kadang-kadang kita merasakan kite telah melupakan dia….

Kadang-kadang kita merasakan dia sudah tidak bermakna….

Kadang-kadang kita merasakan kita telah meneruskan hidup….

Kadang-kadang kita merasakan kita sudah kuat menerima hakikat….


Kita seperti dua jalan yang lurus….

Kita seperti dua jalan yang dekat bersebelahan….

Kita seperti dua jalan yang saling berkaitan….

Namun….

Kita sebenarnya dua jalan yang takkan saling bertemu….

Kita sebenarnya dua jalan yang takkan pernah bertembung….

Kita sebenarnya dua jalan yang takkan pernah bersimpang….

Kita sebenarnya dua jalan yang tak pernah berhubung….


Melepaskan itu tak mudah….

Bagaimana untuk melepaskan andai hak itu tak pernah ada….

Bagaimana untuk melepaskan andai hubungan itu tak pernah terjalin….

Bagaiamana untuk melepaskan andai tak pernah memiliki….

Bagaiamana untuk melepaskan andai tak pernah terjadi….


Peliknya ciptaan ILLAHI….

Untuk apa hati andai bahagia tak pernah terpercik….

Untuk apa sayang andai bahagia tak pernah bernota….

Untuk apa kasih andai bahagia tak pernah tercurah….

Untuk apa perasaan andai bahagia tak pernah menyapa….

Untuk apa cinta andai tumpahnya pada yang tak pernah tahu….


Kerana melupakan tak mudah….

Kerana melepaskan tak senang….


Bait kata hati ditimbus sunyinya desir suara….

Desiran perasaan dihembus senyapnya bicara….

Sinaran mata ditutup hitamnya pura-pura….

Manis ucapan disihir bisu mulut berkata-kata….

Damainya pandangan dibias sibuk yang entah apa-apa….


Lantas tentangan menjadi pilihan….

Senyum terukir tanpa makna….

Jangan ditanya ikhlasnya dimana….

Pandang melihat tanpa tafsiran semata….

Kosong, kaku dan beku….

Jangan ditanya mengapa….

Bicara dihulur....

Walau kadang-kadang bagai hembusan angin semata….

Sekadar mengurangkan beban penanggungan jiwa….

Jangan disoal tentang niatnya….

No comments: