Rajawali itu terbang tinggi…
Sungguh tinggi melintas angkasa raya….
Tidak takutkah rajawali itu andai terhempas ke batu???
Tidak takutkah rajawali itu andai patah pelepah sayap???
Gagah sungguh rajawali itu….
Saat ia menghamparkan bidang kepak penuh utuh dan kukuh….
Aduhai rajawali kau telah mencuri kagumku….
Wahai rajawali….
Bolehkah kau bawa aku terbang sama???
Bawa aku terbang pergi jauh….jauh….jauh…..
Bawalah aku sama rajawali….
Aku mahu juga terbang pergi….
Aku mahu juga terbang tinggi….
Duhai rajawali….
Bolehkan kau bawa aku bersamamu???
Merentas alam maya….
Memandang kebawah dari puncak tinggi di awan….
Terbang tinggi mengapai bintang gemawan….
Bawalah aku ke tempat paling tinggi….
Agar aku bisa bersendirian…..
Rajawali sayang….
Aku mahu ikut kamu….
Aku mahu turut pergi….
Aku mahu hilang tanpa dicari….
Aku mahu bebas di langit sepi….
Tolonglah aku…
Bawalah aku pergi dari tanah serendah sekosong nurani ini….
Bawalah aku jauh….
Aku tak betah di sini lagi….
Rajawali….
Aku rindu pada tenang hati ku yang dulu….
Seperti kau yang bebas mengepak sayap di persada angkasa….
Aku rindu pada kering hati tak terkuis….
Seperti kau yang angkuh menongkah langit biru…
Aku rindu pada rasa bebas menyendiri….
Seperti kau yang terbang sendirian di sana….
Aku rindu pada yakin aku tak perlukan sesiapa di sisi….
Seperti kau yang biasa menjadi raja di cakerawala dunia….
Aku rindu pada sisi bongkak aku bisa berdikari….
Seperti kau yang kukuh teguh mengembara…
Aku rindu pada kekentalan jiwa saat aku tak perlukan rasa keramat ini….
Seperti kau yang tak langsung memandang ke bumi....
Hingga berani terbang ke matahari….
Aku rindu untuk mengatakan aku tak punya perasaan lagi….
Seperti kau yang melalui hidupmu sendirian….
Aku rindu untuk mengungkapkan aku hanya manusia tanpa rasa….
Seperti kau yang jarang-jarang menjejakkan kaki ke bumi….
Sungguh, Rajawali….
Aku mahu pergi….
Sungguh, Rajawali….
Aku rindu semua ini….
Sungguh, Rajawali….
Aku tak sekuat kau lagi….
Sungguh, Rajawali….
Aku hampir rebah sendirian….
Sesungguhnya….
Sungguh, Rajawali….
Aku hampir mati mengenggam rasa ini….
Rajawali….
Aku mahu mati sepertimu….
Di langit tinggi….
Ke matahari….
Rajawali….
Bawalah aku pergi….
No comments:
Post a Comment