Sunday, June 22, 2014

ANAK JAMINAN SYURGA

Ngeri,
Sayu,
Pilu,
Marah,
Benci,
Ahhhh,
Semuanya bersimpang siur dalam dada.

Melihatkan mata beningnya,
Mendengar lirih suara dia,
Aku jadi terpana kelu,
Hatiku jadi pilu sayu.

Dia tak mengetahui apa-apa,
Dia tak mengerti mengapa kau perlukan dia begitu,
Dia tak memahami sikap layananmu padanya,
Dia dengan segala redha hanya menerima.

Dia cuma tahu kau ibunya,
Dia cuma tahu kau nyawanya,
Dia cuma tahu kau istimewa di hatinya,
Dia cuma tahu kau pelindungnya,
Dia cuma tahu,
Dia sayangkan kau.

Walau telah diperlakukan sebegitu,
Dia masih memaggil kau IBU,
Walau telah diabai diseksa,
Dia masih memanggil kau dengan kata keramat itu,
IBU !!
Walaupun hampir diburu ajal,
Dia masih mencari kau dalam setiap panggilannya,
Kau masih yang utama padanya,
Dia memanggil kau,
IBU !!!!

Demi tuhan,
Kau tidak layak untuk itu,
Kau tidak layak dengan gelaran mulia itu,
Sungguh,
Kau tidak layak.

Dimana rasa kasihmu padanya?
Dimana rasa ihsan mu padanya?
Dimana rasa sayangmu padanya?
Dimana letak kemanusiaanmu padanaya?
DIMANA ???!!!!!!!

Dia,
Warga syurga kesayangan Illahi,
Yang akan memimpinmu ke syurga nanti,
Dia yang pasti menantimu di pintu syurga yang abadi,
Yang akan membantumu disana,
Yang dijanjikan tempat terbaik di sisiNYA.
Dia,
Kesayangan ALLAH AZZAWAJALLA.

Walau dengan pelbagai alasan,
Walau dengan seribu satu kisah menyayat perasaan,
Walau dengan jutaan cerita kesedihan,
Tidak ada yang akan dapat menjustifikasikan tindakkan kau padanya,
Tidak ada,
Dan ,
Tidak akan pernah ada !!!
Tidak akan pernah ada yang dapat menerima,
Dengan logik akal manusia,
Perlakuan kau padanya.
TIDAK !!!

Kerana dia,
Dia,
Anak jaminan syurga.

7.16 PM

Iyla Rahman - 22062014


Ini untukmu adik, kerana tiada kata untuk akak sampaikan tentang apa yang kau alami selama ini. Sungguh, kau anak syurga, Muhammad Firdaus Dullah.

No comments: