
Susah untuk diterangkan perihal diriku pada dunia….
Siapalah aku untuk dikhabarkan pada semesta maya….
Aku bukan istimewa waima jauh sekali dari sempurna….
Lantas untuk apa dikhabarkan pada mereka….
Andai aku cuma seperti seekor hama yang tak mampu wujud di pandangan sesiapa….
Tetapi kekadang aku sakit….
Perit sekali dengan ketidak fahaman dunia….
Salahkan aku andai berbeza dari fantasi imaginasi mereka….
Salahkan aku andai aku tak biasa menjadi perempuan tipikal….
Sememangnya aku sangat-sangat berbeda….
Aku perempuan….
Aku wanita….
Aku gadis….
Aku pemudi…
Akulah hawa itu…
Semua itu aku….
Cuma aku bukan tipikal seperti yang kau duga….
Aku masih feminin….
Walaupun selalunya aku tidak selembut tingkah dia….
Pakaian pula hanya sekadar jeans dan t-shirt semata….
Aku masih lembut....
Walaupun selalunya aku sangat bengkeng di nada suara….
Sudah itu sememangnya tabiat biasa….
Aku masih lemah….
Walaupun selalunya aku berkeras dalam menentukan prinsip….
Namun aku melakukan kerana sebab kukuh sahaja….
Aku masih tak berdaya tapi tidak lemah….
Lantas aku sentiasa berusaha berdikari….
Kerana aku tak biasa mengharapkan sesiapa….
Aku masih wanita seperti dia….
Cuma aku tiada kelembutan yang mengada-ngada….
Untuk apa jadi lembut andai aku sentiasa menjadi mangsa….
Seperti pendapat kau yang selalu mengadakan dia bodoh dan lemah….
Selalu kalah dengan tipu daya kau yang kononnya khalifah….
Tolonglah….
Aku tidak mahu dan tidak akan pernah menjadi dia….
Aku masih perempuan seperti dia….
Cuma aku tidak manja tergedik-gedik….
Mengharapkan perhatian semata….
Untuk apa manja andai biasa membuat kau berfikir yang aku ini hina….
Lalu kau mula mengata keji sambil medabik dada….
Aku masih gadis….
Walaupun sikapku tak seperti dia….
Walaupun aku tak mudah mengharapkan pertolongan kaum kau semata….
Kerana aku mahu berdikari….
Aku mahu buktikan aku mampu berdiri….
Dan kau takkan perlu susah saat bersamaku….
Saat hadir dalam ruang lingkup hidupku….
Aku masih hawa….
Masih punya kasih dan cinta….
Cuma aku bukan seperti dia…..
Kasih dan cinta padaku bukan untuk tontonan semata….
Lantas aku tak biasa menghamburkan kasih dan cinta….
Untuk tontonan umum semua….
Aku memang berbeza….
Itu aku akui sekali….
Aku mungkin kurang hormon perempuan….
Yang menjadikan aku kurang tarikan….
Dimata kau lelaki….
Aku perempuan….
Yang memasang sendiri almari dan segala peralatan rumah….
Yang terbongkok-bongkok membetul saliran tersumbat….
Yang menukar sendiri paip air di sinki….
Yang dengan mudah menukar mentol lampu dan fius….
Yang tidak malu mengagkat kotak berat sendiri….
Yang tidak kisah berpeluh busuk kerana longkang semata….
Namun bukan pula aku alpa jauh sekali untuk terlupa….
Aku masih perempuan…
Masih wanita….
Masih gadis….
Masih hawa….
Masih anak dara….
Lantas kuimbangi semua kekurangan….
Agar aku bisa tegak berdiri….
Aku masih seperti dia….
Biasa menjadi ratu didapur….
Aku masih sama dengan dia….
Boleh menjadi tukang bersih dan kemas terbaik….
Aku tetap seperti dia….
Mampu menjadi pendengar setia….
Saat kau dilanda pancaroba sengketa….
Aku serupa sahaja dengan dia….
Masih punya perasaan keibuan yang mengebu dijiwa….
Aku dan dia seiring….
Punya rasa mahu menyayangi dan disayangi….
Malah mungkin aku lebih dari dia….
Kerana aku pasti mampu menyenangkan dan menjaga kau….
Saat suka, gembira, senang, sedih, susah dan payah mu….
Aku masih hawa….
Cuma sangat sukakan cabaran lasak….
Aku paling suka mencabar diri sendiri….
Melakukan sesuatu yang menguji keberanian….
Melakukan sesuatu yang kau anggap tidak manis untuk kelembutan hawa….
Aku wanita….
Yang bisa berkawan dengan adam….
Dan menjadi teman setia….
Namun dengan hanya erti kawan sebenarnya….
Aku yang tidak pandai bercakap lembut dan perlahan….
Yang tidak betah berjalan dengan lemah gemalai…..
Yang tidak sesuai duduk sopan santun bagai….
Yang tidak mampu mengunakan sifat untuk mengoda….
Aku memang jauh lainnya dari dia….
Tapi kenyataanya inilah aku….
Aku tak biasa jadi hipokrit….
Aku tak mampu berlakon semata….
Kerana aku bangga menjadi diriku….
Aku hari ini….
Terbentuk dari keterdewasaan aku sejak bertahun lama….
Aku yang terbina dari asuhan dan didikan yang sempurna….
Walaupun aku berbeza sekali dari dia….
Namun aku bangga….
Kerana aku jarang menyusahkan sesiapa….
Malah bisa pula berdiri sendiri dengan kaki terpasak di bumi…
Aku mungkin berbeda…
Namun aku bisa berdikari dan menjadi diri sendiri….
Menjaga diri sendiri dari kekalutan dunia….
Bisa tentukan buruk baiknya perbuatan….
Malah perlu pula menaggung sendiri setiap natijah pilihan rela….
Lantas…
Jangan sesekali kau hina aku….
Jangan sesekali kau pandang aku tanpa mata….
Jangan sesekali kau kritik aku tanpa memahami….
Jangan pernah kau berpaling dariku….
Hanya kerna aku tak seperti dia yang kau puja….
Hanya kerana aku jauh berbeza….
Ketahuilah….
Aku sememangnya begini…


No comments:
Post a Comment